Anwar bergambar bersama Macron sempena lawatan rasmi Presiden Perancis itu ke Malaysia.

Malaysia hargai pendirian konsisten Perancis ke atas Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memuji dan menghargai pendirian konsisten Perancis berhubung isu Gaza dan Palestin, selain mengkritik pendekatan terpilih dalam memperjuangkan hak asi manusia dan keadilan.

Beliau menyifatkan pendirian Perancis sebagai suara hati nurani dalam memperjuangkan isu kemanusiaan yang sebahagian besarnya dipinggirkan akibat perbezaan pendirian berhubung isu berkenaan.

“Kita menghargai pendirian diambil Perancis, khususnya berhubung isu Gaza dan Palestin,” katanya pada sidang media bersama Presiden Perancis Emmanuel Macron di Bangunan Sultan Abdul Samad di sini hari ini.

Anwar turut mengkritik sikap hipokrit pihak yang memperjuangkan hak asasi manusia dan keadilan, namun hanya mengamalkan prinsip berkenaan secara terpilih, selain menyambut baik pendirian konsisten Macron.

“Saya pernah menyuarakan perkara ini, kadangkala dengan bahasa yang agak keras, mengenai sikap hipokrit apabila bercakap tentang hak asasi manusia dan keadilan tetapi mengamalkannya secara sangat terpilih. Jadi, mesej konsisten yang anda bawa amat kami hargai,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN