Tangkap layar hantaran pada akaun Instagram dan Facebook Macron menggunakan lagu latar daripada Mawi dan Mimifly sempena lawatan rasmi ke Malaysia.

[VIDEO] ‘Pandai Presiden Perancis pilih lagu Mawi, Mimifly’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Akaun rasmi media sosial Presiden Perancis, Emmanuel Macron menggunakan lagu Mawi dan Mimifly sebagai muzik latar bagi hantaran gambar dan video di Instagram dan Facebook sempena lawatan rasminya selama dua hari ke Malaysia.

Menerusi perkongsian Macron pada hantaran pertama, ia melibatkan lima keping gambar antaranya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mereka berada di Kuala Lumpur pada pagi tadi.

Hantaran gambar itu menggunakan lagu Pawana Pawaka yang merupakan single terbaharu daripada penyanyi Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani.

Seterusnya, video dimuat naik pada akaun media sosial Macron memperlihatkan antaranya sewaktu beliau dan isteri, Brigitte Macron berada di Bangunan Sultan Abdul Samad selain beberapa lokasi di ibu negara bersama Anwar dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Video berkenaan menggunakan lagu latar daripada Mimifly bertajuk Perkasa yang turut menampilkan penyanyi rap, Aman RA.

“Terima kasih atas sambutan anda,” menurut kapsyen bahasa Melayu pada video dikongsikan pada akaun rasmi Macron.

Perkongsian gambar dan video menggunakan lagu Mawi dan Mimifly turut mendapat perhatian pengguna media sosial rakyat Malaysia yang turut meninggalkan pelbagai komen.

“Pandai dia pilih lagu,” kata pengguna Instagram Nrlftna.

“Selamat datang ke Malaysia, mantap lah guna lagu Mawi,” kata pengguna Instagram Illa_azilla86.

“Selamat datang Mr Presiden, harap ia akan jadi kenangan tidak dilupakan,” kata pengguna Instagram Drnikrizal_nikyusoff.

Terdahulu, Macron mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia atas undangan Anwar.

Lawatan ini kunjungan pertama Macron ke Malaysia sejak beliau memegang jawatan pada Mei 2017. – KOSMO! ONLINE

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Emmanuel Macron (@emmanuelmacron)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN