DUA maut dalam kemalangan melibatkan masing-masing sebuah kereta Honda Civic dan lori membawa muatan ayam di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, Gerik pada pukul 12.52 tengah malam tadi.

Dua maut nahas Honda Civic, lori ayam di Gerik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GERIK – Dua maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda Civic dan lori membawa muatan ayam di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli di sini pada pukul 12.52 tengah malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, terdapat lima mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

“Dua lelaki dewasa selamat iaitu pemandu lori dan kelindan. Seorang lelaki berumur 45 tahun serta seorang wanita berumur 36 tahun telah disahkan meninggal dunia.

“Seorang wanita di dalam kereta cedera dan dibawa ke hospital terdekat untuk menerima rawatan menggunakan ambulans,” katanya, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN