SEREMBAN – Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berangkat tiba di Istana Hinggap Seremban pada pagi ini.
Kenderaan rasmi Tuanku Muhriz mula memasuki pintu masuk Istana Hinggap pada pukul 9.36 pagi.
Diikuti kenderaan rasmi Undang Luak Rembau, Datuk Sedia Raja Hassan Ab Hamid pada pukul 9.42 pagi dan tidak lama kemudian menyusul kenderaan rasmi Undang Luak Sungei Ujong,Dato’ Klana Petra Muhammad Faris Johari.
Lima minit kemudian kenderaan rasmi Undang Luak Jelebu, Datuk Mendika Menteri Akhirulzaman Datuk Azrin Khairi memasuki pintu utama istana.
Difahamkan pertemuan ini bagi membincangkan penyelesaian krisis adat dan kemelut semasa di negeri ini.
Pada pukul 10.09 pagi, pintu utama istana mula ditutup.
Bagaimanapun, kehadiran Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim tidak dapat dipastikan setakat ini.- KOSMO! ONLINE














