LONDON – Arsenal sanggup mengeluarkan perbelanjaan besar untuk mendapatkan khidmat pemain RB Leipzig, Antonio Nusa.
Selepas Leandro Trossard dan Gabriel Martinelli meninggalkan Arsenal pada jendela perpindahan musim panas, pengurus Mikel Arteta dan pengarah sukan Andrea Berta kini sedang mencari pemain sayap kiri baharu.
Christos Tzolis dan Eberechi Eze merupakan dua pilihan utama Arsenal untuk mengisi posisi sayap kiri ketika ini.
Satu laporan menyebut bahawa Arsenal sedang mengadakan rundingan bagi mendapatkan Nusa pada jendela perpindahan Januari 2027.
Sumber memaklumkan bahawa Arsenal telah beberapa kali menghantar wakil untuk memantau aksi Nusa pada musim ini dan berpuas hati dengan prestasi pemain sayap antarabangsa Norway itu.
Kami difahamkan bahawa Arsenal turut mengadakan perbincangan dengan wakil Nusa, manakala pemain sayap RB Leipzig itu dikatakan bersedia untuk berhijrah ke Liga Perdana Inggeris (EPL).
Sumber turut memberitahu bahawa meskipun kontrak Nusa tidak mempunyai klausa pelepasan, Leipzig menetapkan harga sebanyak £67 juta (RM351.88 juta) untuk pemain tersebut dengan Arsenal bersedia membuat tawaran £62.5 juta (RM338.35 juta).
Sekiranya rundingan tersebut menemui kata sepakat dan Leipzig bersetuju melepaskan Nusa dengan nilai berkenaan, pemain itu bakal menjadi pemain Norway paling mahal dalam sejarah. – AGENSI














