UNITED dilihat sukar untuk kembali berada dalam kelompok lima pasukan terbaik meskipun melantik Pochettino selaku pengurus baharu. - AFP

EPL: Man. United bakal terlepas UCL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Kehadiran pengurus baharu, Mauricio Pochettino mungkin tidak mampu untuk membolehkan Manchester United layak ke saingan Liga Juara-Juara musim depan apabila ramalan menunjukkan mereka tidak mampu berada dalam kelompok lima teratas.

Ramai penganalisis dan penyokong menjangkakan United mampu kembali menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas musim ini di bawah kendalian Pochettino yang mampu mencetuskan harapan baharu.

Namun, superkomputer Opta meramalkan The Red Devils hanya akan mengakhiri musim ini di kedudukan ke-14 selepas permulaan musim yang mengecewakan sehingga menyebabkan mereka terperosok ke tangga ke-18 ketika ini..

Sepanjang 10 perlawanan Liga Perdana Inggeris di bawah kendalian Michael Carrick, United hanya mencatatkan satu kemenangan, lima seri dan mengalami empat kekalahan untuk hanya mengumpul lapan mata setakat ini.

Jangkaan itu mungkin sedikit melegakan apabila situasi semasa menyaksikan United berisiko untuk tersingkir ke Liga Kejuaraan musim depan sekali gus memberikan implikasi cukup besar terutama aspek kewangan dari segi penajaan.

Pochettino akan memulakan tugasnya sebagai pengendali United bermula dengan aksi menentang Liverpool di Anfield pada 23 November ini dan keputusan selain kemenangan hanya akan menyukarkan usaha mereka mendaki kedudukan carta liga.

Dalam pada itu, superkomputer berkenaan turut meramalkan bahawa tiga kelab yang bakal tersingkir musim depan adalah Sunderland, Coventry City dan lebih mengejutkan adalah Crystal Palace yang diramal berada pada kedudukan tercorot.

Palace yang telah memecat pengurusnya, Pierre Sage dilihat sukar untuk bangkit dan mungkin mengulangi episod hitam apabila kali terakhir tersingkir ke saingan divisyen kedua itu pada musim 2004/05. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN