UNITED perlu lebih teliti dalam urusan mendapatkan pemain baharu yang benar-benar berkualiti dan mampu memberikan kestabilan. - AFP

EPL: Legenda Man. United cetus keraguan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Legenda Manchester United, Paul Scholes menzahirkan keraguan terhadap kemampuan Mauricio Pochettino yang disebut calon utama untuk muncul sebagai pengurus baharu kelab itu.

Kelmarin, United mengesahkan pemecatan Michael Carrick selepas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Omar Berrada dan Pengarah Bola Sepak Jason Wilcox berlepas ke Monaco untuk mengadakan pertemuan bersama Sir Jim Ratcliffe bagi mengesahkan keputusan itu.

“Kebimbangan saya terhadap seseorang seperti Pochettino adalah kita mungkin agak terlewat untuk mendapatkannya.

“Saya rasa hasil kerja terbaiknya berlaku beberapa tahun lalu, khususnya ketika bersama Southampton dan Tottenham. Itulah sebenarnya tempoh yang paling sesuai untuk beliau menyertai Manchester United,” katanya.

Dalam pada itu, Scholes menasihati mana-mana pengurus baharu kelab itu termasuk calon pilihan, Mauricio Pochettino supaya melupakan dua individu yang didakwa tidak relevan dalam menguruskan kelab.

“Pengurus baharu mesti mengambil kawalan penuh terhadap kelab bola sepak ini, hampir seperti yang dilakukan Sir Alex Ferguson dahulu.

“Lupakan soal Jason Wilcox dan Omar Berrada yang membawa masuk pemain. Tidak kira siapa yang bertanggungjawab terhadap urusan pengambilan pemain, pengurus mesti mempunyai pengaruh yang sangat besar.

“Satu-satunya cara saya sanggup menyertai kelab ini adalah jika saya sendiri yang memilih pemain dan membelinya. Selepas itu, anda perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keputusan sendiri. Jika berjaya, anda mendapat pujian. Jika gagal, anda perlu menanggung akibatnya,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN