Sekumpulan anjing liar yang terus membiak dan mengancam keselamatan pengunjung masih berkeliaran di Pantai Bisikan Bayu, Pasir Puteh, Kelantan. – TOREK SULONG

Nak beriadah tak tenang, dikejar si kaki empat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR PUTEH – Pihak ber­kuasa tempatan (PBT) digesa ber­tindak bagi menangani keha­diran sekumpulan 10 ekor anjing liar yang mengganggu dan mengancam keselamatan pengunjung di Pantai Bisikan Bayu, Semerak di sini.

Khairudin Ahmad, 34, berkata, gesaan itu ekoran terdapat kejadian pengunjung termasuk kanak-kanak dikejar anjing ketika beriadah bersama ­keluarga.

“Apabila ternampak kumpulan anjing menyalak, pe­ngunjung yang sedang beriadah terpaksa mengubah laluan dan menjauhkan diri bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

“Jangan biar masalah ini berlarutan ke­rana kawasan pantai ini merupakan lokasi tumpuan utama penduduk setempat dan pelancong,” katanya.

Abdullah Awang, 50, pula berkata, orang ramai bimbang haiwan yang dipercayai dibuang dan semakin membiak di kawasan itu akan bertindak agresif sehingga menyerang pengunjung.

Katanya, PBT sepatutnya menjalankan operasi pengurusan anjing liar dengan segera sebelum berlaku kejadian tidak diingini yang boleh menjejaskan imej Pantai Bisikan Bayu sebagai destinasi pelancongan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN