Keadaan di pangsapuri Desa Aman Puri yang lengang ketika tinjauan Kosmo! di Kepong baru-baru ini.

‘Memang ramai warga asing tinggal sini, tapi keadaan okay’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GOMBAK – Penduduk sebuah pangsapuri di Desa Aman Puri di sini mengakui terdapat ramai warga asing menghuni kawasan tersebut.

Seorang penghuni yang juga peniaga kedai runcit berkata, walaupun begitu, kejadian jenayah pada malam Rabu lalu tidak pernah berlaku sebelum ini sehingga mengejutkan ramai pihak.

“Memang ramai warga asing tinggal di kawasan ini. Sebelum ini, tiada kejadian seperti ini berlaku.

“Sebab itu penduduk agak terkejut dengan apa yang berlaku (kejadian tetak anggota polis),” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan seorang anggota polis berpangkat lans koperal berusia 26 tahun putus pergelangan tangan kanan selepas ditetak lelaki warga asing yang bersenjatakan dua bilah parang di sebuah pangsapuri di Desa Aman Puri pada Rabu lalu.

Dalam kejadian itu, suspek turut menyerang anggota bomba dan petugas Kementerian Kesihatan yang tiba di lokasi bagi membantu polis mengawal keadaan.

Suspek kemudian melarikan diri sebelum dikesan berhampiran sebuah taman permainan pada pukul 7.30 hingga 8 malam.

Polis terpaksa melepaskan tembakan selepas suspek sekali lagi bertindak agresif menyerang anggota menggunakan parang. Lelaki itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Selayang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN