TANGKAP layar menunjukkan suspek keluar dari rumah sebelum menetak anggota polis di Desa Aman Puri, Gombak, Rabu lalu.

Seminggu buat bising sebelum tetak Lans Koperal Thierry

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GOMBAK – Penduduk di sebuah pangsapuri di Desa Aman Puri dekat sini mula dibelenggu kebimbangan susulan kejadian seorang anggota polis putus pergelangan tangan akibat ditetak, Rabu lalu.

Insiden berkenaan sekali gus mencetuskan keresahan dalam kalangan penduduk meskipun pangsapuri itu dilengkapi kawalan keselamatan.

Seorang jiran yang tinggal di aras sama dengan kediaman suspek berkata, lelaki itu sudah menetap di pangsapuri berkenaan bersama dua rakannya sejak kira-kira tujuh hingga lapan tahun lalu.

Menurutnya, suspek sebelum ini tidak pernah menunjukkan sebarang tingkah laku mencurigakan, namun keadaan mula berubah sejak seminggu lalu apabila mereka kerap terdengar bunyi bising seperti pertengkaran dari kediaman tersebut.

“Sejak seminggu ini, mereka selalu bising seperti sedang ber­tengkar sesama sendiri, tetapi saya tidak tahu apa puncanya.

“Kejadian kelmarin berlaku sekitar pukul 6 petang. Saya sempat keluar rumah selepas terdengar bunyi bising,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini.

Kosmo! semalam melaporkan Lans Koperal Thierry Rodger Pendy, 26, cedera parah sehingga putus pergelangan tangan kanan selepas ditetak seorang lelaki warga asing bersenjatakan dua bilah parang dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Desa Aman Puri.

Dalam kejadian itu, lelaki ber­kulit hitam tersebut turut me­nye­rang anggota bomba dan petugas Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi bagi membantu mengawal keadaan.

Suspek kemudian melarikan diri sebelum dikesan berhampiran sebuah taman permainan di kawasan berkenaan sekitar pukul 7.30 hingga 8 malam.

Polis bagaimanapun terpak­sa melepaskan beberapa das ­tembakan selepas lelaki itu se­kali lagi bertindak agresif dan me­nyerang anggota bertugas me­nggunakan parang. Suspek bagaimanapun disahkan me­ning­gal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Selayang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN