HKL menjalankan pemantauan rapi terhadap perkembangan penyambungan semula tangan anggota polis terbabit.

HKL pantau rapi tangan anggota disambung semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Hospital Kuala Lumpur (HKL) menjalankan pemantauan rapi terhadap perkembangan penyambungan semula tangan seorang anggota polis akibat serangan pada Rabu lepas.

Pengarah HKL, Datuk Dr. Harikrishna K. R. Nair berkata anggota polis berkenaan dirujuk ke hospital itu untuk mendapatkan rawatan kepakaran, sebelum segera dibawa ke Dewan Bedah Utama bagi pembedahan tersebut selepas pemeriksaan dan penilaian teliti dilakukan oleh pasukan pakar.

Beliau berkata, pembedahan selama lapan jam itu melibatkan penyambungan semula salur darah dan struktur saraf yang tercedera, selain pemulihan struktur anatomi tangan yang terlibat.

“Pembedahan itu diketuai Pakar Subkepakaran Anggota Atas dan Mikrosurgeri HKL Dr R. Allan Ravi dan Dr Aziz Sabbir Husain dengan kerjasama seluruh pasukan Unit Anggota Atas dan Mikrosurgeri HKL serta pasukan anestesiologi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Harikrishna berkata, kes itu melibatkan prosedur kompleks yang memerlukan kepakaran khusus, kemahiran mikrosurgeri tinggi serta kerjasama erat antara pelbagai disiplin bagi memastikan rawatan menyeluruh dan optimum.

Katanya, HKL komited untuk terus menyediakan perkhidmatan rawatan berkualiti tinggi menerusi kepakaran multidisiplin, teknologi dan kemahiran profesional demi kesejahteraan masyarakat.

Pada Rabu lepas, anggota polis itu putus pergelangan tangan kanan selepas diserang seorang lelaki warga asing bersenjatakan parang di sebuah premis kediaman di sekitar Desa Aman Puri, Kepong. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN