SKUAD negara berpeluang untuk menamatkan dominasi 46 tahun China dengan memburu kemenangan pada aksi kali ini. - FB MALAYSIA NT

Harimau Malaya perlukan tuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HARIMAU Malaya berpeluang untuk menamatkan badi kemenangan ke atas China menjelang aksi persahabatan kedua-dua pasukan yang akan turun beraksi dalam perlawanan persahabatan di Stadium Zhaoqing New District Sports Centre, esok.

Rekod pertemuan menyaksikan kali terakhir Harimau Malaya berjaya mencatat kemenangan ke atas pasukan China pada 1980 dalam satu aksi persahabatan yang berkesudahan 3-1.

Selepas kemenangan tersebut, skuad negara dan China bertembung dalam 10 lagi perlawanan tanpa sebarang kemenangan memihak kecuali berakhir dengan lapan kekalahan dan dua keputusan seri.

Pertemuan terakhir kedua-dua pasukan dalam aksi persahabatan di Chengdu pada September 2023 berkesudahan 1-1 dengan Harimau Malaya ketika itu dibimbing Kim Pan-gon mendahului hasil jaringan Faisal Halim sebelum China mengikat kedudukan menerusi gol Lin Liangming.

Berdasarkan rekod pertemuan terakhir serta persembahan yang dipamerkan pada Piala ASEAN FIFA lalu, skuad kendalian Tan Cheng Hoe dilihat berada pada prestasi terbaik untuk menamatkan penantian selama 46 tahun itu dengan membawa pulang kemenangan.

Bagaimanapun, tugas berkenaan tidak mudah kali ini apabila Cheng Hoe kehilangan ramai pemain tonggak dari Johor Darul Ta’zim dan Selangor yang menarik diri daripada menyertai perlawanan kali ini.

Situasi itu memaksa pengendali interim berkenaan perlu mencipta adunan pemain terbaik dan mengharapkan tuah untuk membolehkan skuad negara melakar kejutan ke atas pasukan di ranking ke-96 dunia itu yang turut terdesak untuk mencipta kemenangan kali ini.

“Kita tahu China berada di ranking yang lebih baik daripada pasukan kebangsaan tetapi sebagai jurulatih, kami mahukan keputusan positif. Tidak kira apa sahaja perlawanan, semua orang mahukan kemenangan.

“Kekuatan kedua-dua pasukan juga berbeza tetapi kita mengharapkan pemain-pemain yang ada untuk memberikan persembahan terbaik ketika berdepan China nanti,” katanya.

Cheng Hoe turut menggesa para pemainya berwaspada dengan kemampuan China yang jelas menginginkan kemenangan selepas tewas dalam tiga perlawanan berturut-turut sebelum ini.

Selepas berdepan China, skuad Harimau Malaya akan menentang pasukan ranking 144 dunia, Yaman yang turut akan berlangsung di gelanggang sama, Selasa ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN