JUALAN murah itu sebahagian daripada promosi Alibaba Auction sempena festival beli-belah Double 11. – AGENSI

Sangat berbaloi, lelaki beli flat 2 bilik harga cuma RM6.80

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Seorang pembeli di China  membeli sebuah pangsapuri dua bilik tidur pada harga cuma 11 yuan (RM6.80 ) semasa festival beli-belah tahunan tempatan, Double 11, lapor saluran berita NDTV semalam.

Tawaran luar biasa itu berlaku menerusi lelongan dalam talian  Alibaba Auction, yang menarik perhatian lebih 1,600 pembida.

Pangsapuri seluas 68 meter persegi itu terletak di tingkat tujuh sebuah bangunan kediaman di wilayah Heilongjiang, timur laut China.

Lelongan bermula pada  harga permulaan satu yuan (RM0.60) dan bidaan meningkat dalam gandaan 0.01 yuan (sekitar RM0.006) dengan had maksimum 11 yuan (RM6.80), lapor akhbar South China Morning Post.

Mengikut rekod platform, seramai 1,677 pembida mengambil bahagian dalam lelongan tersebut. Mereka membuat sejumlah 1,001 bidaan sebelum ia ditutup pada 5 November lalu

Pembida yang menang merupakan  seorang pembeli tidak dikenali dari wilayah Jiangsu-Zhejiang, timur China.

Dia  berjaya mendapatkan pangsapuri tersebut dengan menjadi pembida  pertama membuat bidaan maksimum 11 yuan.

Kedua-dua jumlah pembelian dan yuran transaksi platform dilaporkan telah dibayar. Bagaimanapun, pembeli masih perlu membayar kira-kira 2,000 yuan (RM1,235) dalam bentuk cukai duti statutori bagi melengkapkan pemindahan hak milik hartanah.

Bercakap semasa siaran langsung lelongan, pembeli itu berkata,  dia tidak berhasrat untuk berpindah ke Heilongjiang. 

Sebaliknya, dia merancang untuk menggunakan pangsapuri tersebut sebagai rumah percutian sekali-sekala semasa musim sejuk. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN