CHIN berjaya meledak tiga dalam enam perlawanan terakhir bersama Ross County sekali gus memperlihatkan keinginanannya untuk bersama Harimau Malaya. - FB ROSS COUNTY FC

Chin beri isyarat jelas sertai Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PEMAIN warisan negara, Richard Chin terus membuktikan kesungguhannya untuk memikat hati pengendali sementara Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe apabila terus mempamerkan ketajaman bersama kelab Scotland, Ross County.

Terbaharu, pemain berusia 24 tahun itu sekali lagi mencuri tumpuan apabila meledak satu gol ketika membantu Ross County membelasah Peterhead FC 4-1 pada aksi Liga Satu Scotland, kelmarin.

Ia tidak hanya terhasil secara kebetulan kerana ini adalah jaringan ketiga Chin dalam enam perlawanan terakhir Ross County selepas dia turut menghasilkan satu gol ketika The Staggies menang 4-0 ke atas Airdrieonians FC dan semasa membelasah Queen of the South  7-1, bulan lalu.

“Bagi dua aksi persahabatan di China, saya mengambil pendekatan untuk memberikan peluang kepada pemain-pemain termasuk dua muka baharu menyertai skuad kebangsaan Harimau Malaya. Saya mahu melihat kemampuan, kualiti dan kesesuaian mereka untuk beraksi di peringkat antarabangsa.

“Selain menilai sejauh mana mereka dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan serta kehendak pasukan, ini juga merupakan peluang penting untuk kita memperluaskan pilihan pemain yang boleh dipertimbangkan bagi membentuk skuad kebangsaan yang lebih kompetitif pada masa akan datang,” kata Cheng Hoe.

Harimau Malaya yang akan berlepas ke Guangzhou, China, esok akan meng mengharungi dua aksi persahabatan bertemu China dan Yemen, Sabtu dan 17 November ini.

Perkembangan positif yang dipamerkan Chin ini pastinya menjadi perkembangan cukup melegakan buat Cheng Hoe yang mahu melihat pemain memiliki komitmen serta prestasi konsisten sebelum diberi tanggungjawab menyarung jersi Harimau Malaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN