HARIMAU Malaya perlu memanfaatkan peluang meraih mata menerusi dua aksi persahabatan dan mengelak kekalahan yang boleh menjejaskan misi melonjakkan kedudukan dalam ranking dunia.

Kena pastikan bawa pulang mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HARIMAU Malaya tidak boleh pulang dengan ‘tangan kosong’ apabila mengharungi dua aksi persahabatan menentang China dan Yemen di Stadium Zhaoqing New District Sports Centre pada 14 dan 17 November ini.

Meskipun berdepan cabaran tanpa kehadiran beberapa pemain utama, skuad negara perlu memastikan kedua-dua perlawanan itu memberikan manfaat besar, khususnya dalam menguji kemampuan pemain yang diberi peluang untuk mengisi kekosongan ditinggalkan tonggak utama.

Pensyarah Kanan Sains Kejurulatihan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim berkata, perlawanan itu wajar dimanfaatkan ketika misi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mahu melihat peningkatan kedudukan pasukan dalam ranking dunia.

“Bagaimana skuad kebangsaan yang mahu memperkemaskan mutu persembahan tetapi ramai pemain bintang tiada dalam senarai? Jadi, kita anggap jurulatih hendak bereksperimen dengan pemain lain.

“Impaknya masih menjadi tanda tanya kepada semua. Namun, saya tidak menafikan bahawa mungkin ada juga impak positif daripada uji kaji ini. Apa pun kita sentiasa kena berfikiran positif dan apa yang diharapkan adalah Tan Cheng Hoe dapat sesuatu hasil daripada eksperimen yang dijalankan ini untuk kepentingan Harimau Malaya,” katanya.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Ab Ghani Hassan sebelum ini pernah menzahirkan keinginan untuk melihat Harimau Malaya mampu menembusi kelompok 100 negara terbaik dunia.

Dalam senarai 24 pemain yang diumumkan sebelum ini, tiada kelibat bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) malah lebih mengejutkan apabila pemain Harimau Selatan juga turut tidak tersenarai dalam 15 pemain senarai bersedia.

“Jendela perlawanan antarabangsa ada masanya, jadi selepas ini skuad kebangsaan perlu menunggu lagi untuk mengumpul pemain dan meningkatkan keserasian terbaik. Ia kelihatan seakan pasukan mensia-siakan peluang kali ini untuk memantapkan keserasian itu.

“Kebetulan pula lawan yang akan dihadapi seperti China adalah pasukan berkualiti dan berada di ranking lebih tinggi,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN