Zhibo (tengah) menghadapi pertuduhan menyeludup masuk empat PATI warga China di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

Pemandu China mengaku salah bawa masuk empat PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki warga China mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membenarkan empat pendatang asing tanpa izin (PATI) senegara menaiki kenderaan yang dipandunya bulan lalu.

Tertuduh, Tuo Zhibo, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang memandu Toyota Innova didakwa membenarkan empat PATI warga China memasuki dan menaiki kenderaan pelbagai guna itu di sebuah stesen minyak di Kampung Tok Lawit, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu pada pukul 4 petang, 11 Oktober lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Ainul Amirah Abdul Razak mengemukakan pendakwaan mengikut Seksyen 55E(1) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan hukuman denda RM5,000 dan RM30,000 atau penjara maksimum 12 bulan atau kedua-duanya bagi setiap PATI, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 10 November ini untuk menjatuhkan hukuman. Dalam prosiding hari ini, Zhibo tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN