Omar pada sidang akhbar Sekretariat Gabungan NGO Negeri Sembilan hari ini. Foto oleh NOR SHAFAWATI YUP / KOSMO!

NGO mahu MB Negeri Sembilan telus tangani krisis adat, pentadbiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Sekretariat Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Sembilan mahu Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berterus-terang kepada rakyat berhubung krisis adat dan pentadbiran yang masih berlarutan di negeri ini.

Pengerusinya, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya menghormati Ismail sebagai Menteri Besar yang diberikan mandat untuk menerajui kerajaan negeri, namun mahu beliau menangani kemelut berkenaan dengan bijak.

Menurut Omar, pihaknya mahu mendapatkan penjelasan secara langsung daripada Ismail bagi mengetahui keadaan sebenar, selain memastikan pelbagai perkara yang dibangkitkan rakyat Negeri Sembilan ketika ini mempunyai asas yang tepat.

“Kami mahu tahu lebih dekat sama ada perkara (krisis) yang dilontarkan itu betul atau sebaliknya. Sebab itu, lebih baik kita berdepan dan mendengar sendiri penjelasan daripada beliau,” katanya pada sidang akhbar di Galeri Tuanku Ja’afar di sini hari ini.

Omar berkata, pihaknya tidak mahu membuat sebarang andaian berdasarkan pelbagai dakwaan yang tersebar di media sosial kerana sebagai NGO, mereka perlu mendapatkan kepastian sebelum mengambil sebarang pendirian.

“Kita tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak. Kita sayangkan negeri ini dan sebagai NGO, kita tidak boleh membuat andaian berdasarkan apa yang diperkatakan orang di media sosial.

“Kita seolah-olah dilihat menyokong, tidak menyokong atau marah kepada mana-mana pihak. Sebab itu kita perlukan satu pertemuan dengan Menteri Besar untuk mengetahui keadaan sebenar,” katanya.

Jelas beliau, krisis yang masih belum berkesudahan itu turut menimbulkan persoalan mengenai peranan NGO sebagai saluran untuk menyampaikan permasalahan rakyat kepada kerajaan negeri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN