Gambar keadaan sampah yang bertaburan di tepi jalan sehingga mencemari persekitaran laluan dikongsi oleh pengguna @jj.eh810 di Threads.

‘Hari-hari ada sampah, malu sikit dengan pelancong’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sampah yang bertaburan di bahu jalan di Kuala Lumpur mengundang rasa kurang senang orang ramai, lebih-lebih lagi kawasan berkenaan menjadi laluan pelancong ke pusat beli-belah di Kuala Lumpur.

Menerusi perkongsian pengguna Threads, @jj.salleh810, keadaan kawasan itu didakwa sudah berlarutan apabila sampah lama masih kelihatan dan sisa buangan baharu yang dibuang di tepi jalan.

Menurutnya, keadaan tersebut menimbulkan rasa malu apabila pelancong yang melalui kawasan berkenaan terpaksa melihat persekitaran yang tidak terurus.

“Hari-hari ada sampah termasuk sampah lama. Segan dengan pelancong yang lalu situ nak ke KLCC,” kongsinya.

Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya mencadangkan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti individu yang membuang sampah merata-rata.

“Pasang CCTV banyak-banyak, saman di tempat kejadian,” komen @wanz5228.

“Sedih dengan sikap segelintir masyarakat yang kurang kesedaran sivik hingga sanggup buang sampah merata-rata. Sampah itu masuk longkang. Longkang tersumbat, boleh menyebabkan banjir kilat di KL,” tulis mooonieee pula.

Sementara itu, seorang pengguna @semutgatey berpendapat tindakan membersihkan kawasan berkenaan sahaja tidak mencukupi sekiranya individu yang membuang sampah sesuka hati masih tidak dikenakan tindakan.

“Kalau selalu bersih tetapi pelaku masih bebas buang sampah, tidak guna juga. Pemasangan CCTV dan ‘viralkan’ pelaku, barulah mereka takut sedikit nak buang sampah merata-rata,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN