Tangkap layar video dan gambar keadaan penutup lubang penyelenggaraan terbuka susulan kejadian didakwa perbuatan mencuri kabel.

[VIDEO] Selang sehari ada geng curi kabel Seksyen 3, Petaling Jaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penduduk di sekitar Seksyen 3, di sini meluahkan rasa bimbang susulan dakwaan kegiatan mencuri kabel bawah tanah yang didakwa semakin menjadi-jadi di kawasan perumahan mereka.

Menerusi perkongsian pengguna Threads dikenali sebagai @buqhaziz, kejadian terbaharu disedarinya pagi tadi di kawasan simpang berhampiran Jalan 3/65 selepas dia menghantar anaknya ke taska.

Katanya, dia mendapati penutup lubang penyelenggaraan (manhole) kabel di tepi jalan berada dalam keadaan terbuka berserta kesan getah kabel yang ditarik.

“Pagi ni lepas hantar anak ke taska, aku tengok manhole untuk kabel terbuka. Tak boleh husnuzon sebab ada kesan getah ditarik. Nah, malaun curi kabel.

“Video pertama tu dua hari lepas. Direkodkan penduduk di jalan lain. Rupanya hari ini jadi juga ‘projek’ jalan simpang tu,” katanya dalam hantaran tersebut.

Menerusi rakaman video yang turut dimuat naik dalam hantaran sama, kelihatan sekumpulan individu bertindak memberhentikan sebuah kereta di tepi jalan pada waktu malam dengan pintu kenderaan terbuka dipercayai sedang menjalankan kegiatan mencuri kabel.

Kejadian tersebut difahamkan berlaku pada Selasa lalu.

Susulan kejadian berulang itu, pemilik akaun terbabit menggesa penduduk taman supaya bersatu hati membanteras jenayah tersebut selain mencadangkan agar kawalan Rukun Tetangga diaktifkan semula khususnya di kawasan perumahan yang tidak mempunyai pengawal keselamatan.

“Pagi ni lepas hantar anak ke taska, aku tengok manhole untuk kabel terbuka. Tak boleh husnuzon sebab ada kesan getah ditarik. Nahhhh, malaun curi kabel.

“Video pertama tu dua hari lepas. Direkodkan penduduk di jalan lain. Rupanya hari ni jadi juga projek jalan simpang tu.

“Mesti orang akan tag (panggil) PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan sebagainya. Boleh dah kita penduduk taman dan kampung tag (tubuh) team (pasukan), pakat gempaq (serbu) dekat mereka ini. Lokasi?,” katanya.

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN