TANGKAP layar video menunjukkan dua lelaki melarikan sebuah lampu isyarat dengan beca. - Instagram

Polis cekup 2 lelaki kebas lampu isyarat 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Dua lelaki ditahan selepas klip video tular di internet menunjukkan mereka mencuri lampu isyarat di Deli Serdang, wilayah Sumatera Utara. 

Ketua Polis Tanjung Morawa, AKP Jonnu Damanik berkata, kecurian berlaku sekitar pukul 2.20 pagi (waktu tempatan) di kawasan Simpang Kayu Besar di Desa Limau Manis, baru-baru ini. 

“Kami berjaya menahan kedua-dua suspek dikenali pasti sebagai DA, 27, dan TW berusia 35 tahun,” kata Jonni dalam satu kenyataan. 

Siasatan awal mendapati DA dan TW ‘mencabut’ lampu isyarat berkenaan menggunakan sepana sebelum melarikan diri dengan menaiki beca. 

“Mereka menggunakan sebuah beca untuk sewa yang diletakkan di Simpang Kayu Besar,” tambahnya. 

Kedua-dua suspek dibawa ke Balai Polis Tanjung Morawa untuk disoal siasat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN