SEORANG penyiasat merakam gambar sebuah kereta hitam yang didakwa digunakan oleh seorang lelaki bersenjata yang melepaskan tembakan sehingga mengorbankan enam orang di pusat bersejarah bandar Krakow, Poland. - AFP

Enam maut, 15 cedera ditembak lelaki berideologi sayap kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WARSAW – Enam individu maut manakala 15 lagi cedera selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di pusat bersejarah Krakow di Poland, pada semalam.

Insiden itu disifatkan sebagai  kejadian tembakan terburuk di Poland sejak beberapa dekad.

Tragedi bertambah parah apabila pihak berkuasa kemudiannya menemui tiga lagi mayat, dua wanita dan seorang lelaki, di kediaman suspek.

Perdana Menteri Poland, Donald Tusk, menyatakan siasatan awal menunjukkan mangsa-mangsa di kediaman berkenaan dipercayai merupakan ahli keluarga terdekat suspek. 

Beliau turut menyifatkan serangan itu sebagai tindakan pengganas dan mengumumkan tempoh berkabung nasional selama dua hari.

Menteri Dalam Negeri Poland, Marcin Kierwinski, berkata lelaki bersenjata itu kelihatan ‘taksub dengan ideologi sayap kanan’. 

Ketua Polis Poland, Marek Boron, mengesahkan seorang warga Britain adalah antara yang maut, manakala lima warga asing lain kini dirawat di hospital akibat kecederaan. 

Dua lagi mangsa yang terbunuh masih belum dikenal pasti identitinya.

Dalam kejadian tersebut, suspek, seorang lelaki warga Poland, memandu keretanya masuk ke kawasan tumpuan pelancong di Dataran Pasar Utama  sebelum melepaskan tembakan rambang ke arah orang awam menggunakan raifal separa automatik mirip jenis AR-15.

Dua anggota polis turut cedera ketika berbalas tembakan sebelum berjaya menumpaskan dan menahan suspek, yang kemudiannya dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan. 

Pasukan penyiasat turut menemui beberapa laras senjata lain di dalam kenderaan suspek. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN