NAMA Fauziah Latiff memang agak jarang diperkatakan umum tetapi tiba-tiba tular pula dalam media sosial kerana muncul buat persembahan dengan memakai tudung.
Difahamkan, persembahan tersebut berlangsung di sebuah acara di Jengka, Pahang.
Disebabkan video itu, ramai yang berharap kalau apa yang dipaparkan itu memang benar-benar terjadi.
“Kalau betul pakai tudung, alhamdulillah semoga istiqamah.
“Tahniah, cantik Fauziah bertudung. Harap berkekalan,” puji netizen.
Diva pun perlu akui Fauziah memang nampak manis bertudung dan harap bukan hanya untuk persembahan saja.
DIVA: Ramai pula kecewa dengan filem Sayang Sayang, tak seperti yang diharapkan katanya.
















