JBPM menjalankan operasi bagi mengesan seorang lelaki Myanmar yang terjatuh ke dalam laut di Pulau Pangkor, Lumut, hari ini.

Diserang sawan, pekerja warga Myanmar jatuh laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LUMUT – Seorang lelaki warga Myanmar dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari sebuah bot yang diparkir di tepi jeti di Pulau Pangkor, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 12.46 tengah hari.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pulau Pangkor kemudian diatur gerak ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi, pihak bomba dimaklumkan mangsa yang merupakan pekerja warga asing berusia 38 tahun mengalami sawan sebelum terjatuh ke dalam laut.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang dijalankan,” katanya di sini, hari ini.

Menurut beliau, operasi tersebut melibatkan enam anggota BBP Pulau Pangkor dengan bantuan beberapa buah jentera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN