Pang Nyukang (kanan) memantau pemeriksaan persenyawaan telur penyu belimbing yang dieram di hatcheri TCIC Rantau Abang, Dungun, Terengganu hari ini. Foto oleh PUQTRA HAIRRY / KOSMO!

313 telur penyu belimbing gagal menetas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Harapan untuk menyaksikan penetasan anak penyu belimbing di negeri ini tidak kesampaian apabila kesemua 313 biji telur spesies penyu terbesar di dunia itu disahkan gagal menetas selepas didapati tidak disenyawakan.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, Pang Nyukang berkata, hasil pemeriksaan teknikal dan ujian suluhan cahaya terhadap lima sarang penyu berkenaan mendapati tiada pembentukan saluran darah atau struktur embrio pada telur tersebut.

Menurutnya, pemeriksaan dilakukan selepas kesemua telur tersebut melalui tempoh pengeraman selama 30 hari.

“Kesemua telur penyu gagal menetas dipercayai kerana tidak disenyawakan berikutan induk penyu betina berkenaan tidak melalui proses persenyawaan dengan penyu jantan,” katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu (TCIC) Rantau Abang, di sini hari ini.

Pang berkata, pemeriksaan sarang pertama dilakukan pada 3 Oktober lalu, diikuti sarang kedua pada 15 Oktober, manakala pemeriksaan terhadap sarang ketiga hingga kelima selesai dilakukan hari ini.

Menurutnya, sebanyak lima pendaratan penyu belimbing dipercayai daripada induk sama direkodkan di sekitar pantai Terengganu bermula 1 September hingga 10 Oktober lalu.

Katanya, pendaratan pertama direkodkan di Pantai Pasir Putih, Marang pada 1 September lalu dengan menghasilkan 44 biji telur, diikuti Pantai Rantau Abang, Dungun pada 13 September (81 biji telur). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN