Fadil ketika berucap pada perjumpaan bersama barisan hadapan (frontliner) Polis Kuala Lumpur, malam tadi. FOTO POLIS KL

‘Pistol satu-satunya senjata kita, tahu kendalikannya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) diingatkan supaya mengetahui cara menggunakan dan mengendalikan pistol ketika menjalankan tugas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pistol merupakan satu-satunya senjata yang ada pada mereka dan anggota perlu mengetahui cara mengendalikannya.

“Inilah senjata yang kita ada. Ini satu-satunya senjata yang kita ada. Kita perlu tahu bagaimana menggunakannya dan mengendalikan senjata ini,” katanya ketika berucap pada perjumpaan bersama barisan hadapan (frontliner) Polis Kuala Lumpur di sini, malam tadi

Fadil berkata, anggota barisan hadapan memainkan peranan penting dalam membawa imej PDRM menerusi perkhidmatan kepada masyarakat.

Menurut beliau, seramai 4,172 anggota barisan hadapan ditugaskan di seluruh Kuala Lumpur pada malam berkenaan bagi menjaga keselamatan termasuk di bangunan dan lokasi tertentu.

“Anggota polis perlu terus melaksanakan tugas meskipun berdepan pelbagai reaksi masyarakat termasuk penghargaan, cacian dan penghinaan.

“Anggota barisan hadapan merupakan pihak yang menerima aduan, tiba di lokasi kejadian dan membantu masyarakat dalam pelbagai situasi berkaitan keselamatan awam,” katanya.

Beliau turut menyeru anggota supaya bekerja dengan ikhlas dan memberikan perkhidmatan sebaik mungkin.

“Inilah pendapatan kita, inilah rezeki anak-anak kita. Kerjalah seikhlasnya dan sebaik mungkin,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN