Tea Kain Chuan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan atas tiga pertuduhan pecah amanah.

Ahli perniagaan didakwa pecah amanah RM572,573

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Seorang ahli perniagaan berdepan tiga pertuduhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM572,573 yang didakwa diseleweng menerusi transaksi ke tiga akaun bank syarikat lain, antara September hingga November 2024.

Tertuduh, Tea Kain Chuan, 55, bagaimanapun mengangguk faham dan minta dibicarakan selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sazlina Safie di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bertindak sebagai ejen pemegang amanah sebuah syarikat didakwa secara curang menyalahgunakan wang berjumlah RM572,573.50 yang diamanahkan kepadanya.

Wang berkenaan didakwa dipindahkan menerusi pembayaran ke tiga akaun bank milik syarikat lain tanpa kebenaran.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Haji Abdul Rahman di sini antara 4 September hingga 29 November 2024.

Bagi perbuatan tersebut, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Khamisah Ismail menawarkan jaminan RM15,000 bagi setiap pertuduhan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN