PETALING JAYA – Panas, panas. Demikian jawapan ringkas salah seorang pekerja di pusat sembelihan yang tidak memakai baju ketika serbuan oleh Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang (Surplus).
Serbuan tersebut dilakukan dibeberapa premis sekitar Pasar Pudu, Kuala Lumpur bersebelahan sebuah restoran kontroversi sebelum ini.
Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, seorang pengguna dikenali sebagai AbeOabe berkata, serbuan oleh Surplus itu telah membongkarkan ‘sisi gelap’ pusat sembelihan ayam di kawasan berkenaan.
“Mana KKM (Kementerian Kesihatan dan DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur? Pekerja warga asing Bangladesh buat kerja potong ayam tak pakai baju,”tulis individu terbabit.
Lebih membimbangkan kata individu itu, premis berkenaan juga didakwa menggunakan khidmat tukang sembelih yang tiada sijil dari Jabatan Agama Islam Wilayan Persekutuan (Jawi).
“Premis sembelihan dan proses ayam ini menggunakan khidmat tukang sembelih yang belum mendapat / diberikan Sijil Tauliah Penyembelihan dari JAWI.
“Entah dah mohon sijil tauliah sembelihan ke belum, kita pun tak pasti,”katanya.
Menjegah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut mengecam tindakan pengusaha pusat sembelihan itu yang mengabaikan kebersihan kawasan persekitran serta ayam yang disembelih.
“Ayam terang-terang letak bawah/letak luar premis dan sebelah longkang, terbaik jabatan-jabatan terlibat, tengah bandar premis kotor tak nampak. Kedai aku sebersihnya dan hujung kampung semua jabatan datang,”komen Ridzzwannizar88_official.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Myunfilteredaccount.
“Ya Allah geli dan kotornya, patutla aku pernah beli ayam dekat Chow Kit dulu, lepas bawak balik rumah jadi busuk. padahal skin (kulit) dia elok, mungkin ini sebab dia bangkai,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE
View on Threads














