Dua calon SPM St. John's Institution, Kuala Lumpur terlewat tiba ekoran gangguan kelewatan LRT laluan Kelana Jaya pagi tadi.

LRT buat hal, dua calon SPM terlewat ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dua pelajar tingkatan lima iaitu calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di St. John’s Institution, Kuala Lumpur lewat tiba di sekolah gara-gara gangguan perjalanan melibatkan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya pada pagi tadi.

Pengetua St. John’s Institution, T. Sivakumar berkata, bagaimanapun kedua-dua pelajar lelaki itu sempat menduduki peperiksaan kertas matematik mengikut masa ditetapkan selepas penyelia tingkatan lima bergegas membantu mereka.

“Pagi ini (tadi) berlaku gangguan perjalanan LRT dan dua murid mengalami kelewatan hadir ke sekolah.

“Tindakan pantas Encik Hafizan selaku penyelia tingkatan lima yang pergi mengambil mereka di stesen LRT Jelatek dan Kampung Baru dapat memastikan murid dapat menduduki kertas matematik mengikut masa peperiksaan.

“Terima kasih Encik Hafizan atas komitmen dan tindakan pantas demi kelangsungan kecemerlangan SPM SJI,” katanya pada hantaran Facebook institusi berkenaan.

Terdahulu Kosmo! Online melaporkan, perkhidmatan tren LRT Laluan Kelana Jaya mengalami kelewatan pada pagi ini berikutan gangguan bekalan kuasa di Stesen Subang Jaya, Glenmarie, Ara Damansara dan Lembah Subang.

Rapid KL menerusi hantaran di media sosial memaklumkan, perkhidmatan tren alternatif diaktifkan bagi menyelesaikan masalah berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN