Keadaan motosikal mangsa selepas kemalangan terbabit.

Penunggang Y15ZR maut tercampak dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAMPIN – Seorang lelaki maut selepas motosikal Yamaha Y15ZR ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 34, Kampung Mantai, Jalan Nyalas-Air Kuning Selatan, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.10 pagi itu, mangsa berusia 29 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Melaka ketika kejadian berlaku.

Menurutnya, treler jenis Scania yang dipandu lelaki tempatan berusia 39 tahun pula dalam perjalanan dari Rompin menghala ke Muar.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal dipercayai gagal dikawal sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar bahagian tayar ketiga sebelah kanan treler berkenaan. Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal tercampak ke dalam longkang di bahu kiri jalan,” katanya kepada Kosmo! di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN