Keadaan Akhmal Asyraf yang ditidurkan di Hospital Badr Al Samaa Royal, Muscat, Oman dikongsikan oleh Saiful Nang di Threads.

Rakyat Malaysia ditidurkan di Oman, demam ketika penggambaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang rakyat Malaysia, Akhmal Asyraf yang berada di Oman bagi menjalani program Kembara Wahyu Ramadan 2027 dilaporkan ditidurkan selepas mengalami demam dan jangkitan paru-paru sehingga menyebabkan kesukaran bernafas.

Perkembangan itu dikongsikan oleh rakannya, Saiful Nang menerusi beberapa hantaran di Threads yang memaklumkan keadaan terkini Akhmal ketika menerima rawatan di Badr Al Samaa Royal Hospital, Muscat, Oman.

Menurut Saiful, Akhmal pada awalnya dimasukkan ke Hospital Nizwa selepas mengalami demam sejak tiga hari lalu sebelum dipindahkan ke Hospital Badr Al Samaa Royal di Muscat selepas mengalami kesukaran bernafas sebelum ditidurkan sekitar pukul 1.20 pagi waktu Oman.

Sehingga pukul 7.28 pagi waktu Oman, Akhmal masih berada dalam keadaan ditidurkan dan menerima rawatan di hospital berkenaan.

Dalam pada itu, Saiful berkata, mereka kini berada pada hari keenam daripada keseluruhan 14 hari penggambaran di Oman.

Perkembangan kesihatan Akhmal turut mengundang simpati netizen yang tidak putus-putus menitipkan doa agar dia diberikan kesembuhan dan segala urusan keluarganya dipermudahkan.

“Allah, saya dan suami baru tengok RareTV semalam episod di Sik, Kedah. Moga Allah bagi kesembuhan buat tuan Akhmal,” komen @thenameisuna.

“Semoga diberi kesembuhan sepenuhnya kepada Kapten AA dan dipermudahkan segala urusan isteri serta keluarga Kapten,” tulis @afidatul87 pula.

Seorang lagi pengguna @aklilayob turut mendoakan agar Kapten AA segera pulih dan berkongsi bahawa video pasukan berkenaan menjadi antara sebab mereka berkunjung ke Salalah dan Muscat.

“Syafahullahu syifaan ajilan. Semoga kembali sihat dan segera sembuh, insya-Allah,” katanya.

Malah, terdapat juga netizen yang menitipkan doa agar urusan seluruh pasukan Rarecation yang berada di Oman turut dipermudahkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN