Ahmad Zahid dalam sidang akhbar selepas menghadap Tuanku Muhriz di Istana Hinggap Seremban, hari ini. Foto oleh NUR SHARIEZA ISMAIL/KOSMO!

[VIDEO] MB baharu atau sebaliknya, istana akan umum – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Istana Negeri Sembilan akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung keputusan penyelesaian kemelut politik Negeri Sembilan susulan pertemuan antara pimpinan UMNO dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Hinggap Seremban, hari ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kenyataan rasmi itu akan memuktamadkan keputusan yang telah dipersetujui bersama dalam pertemuan berkenaan.

Menurutnya, pertemuan itu berlangsung dalam suasana tenang dan semua pihak menyerahkan kepada istana untuk mengumumkan keputusan berkenaan.

“Biarlah kenyataan daripada istana itu sebagai memuktamadkan keputusan yang telah kami sama-sama persetujui,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadap Tuanku Muhriz di Istana Hinggap Seremban, hari ini.

Beliau berkata, penyelesaian kemelut politik berkenaan dijangka diketahui dalam masa terdekat, namun menyerahkan kepada pihak istana untuk menentukan masa pengumuman dibuat.

Ditanya sama ada keputusan itu turut membabitkan pelantikan Menteri Besar baharu dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), Ahmad Zahid meminta semua pihak menunggu kenyataan rasmi istana.

Turut menghadap Tuanku Muhriz ialah Timbalan Pengerusi BN merangkap Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN