ASAP menjulang dari lokasi letupan besar di Depot Minyak Bangchak, Bangkok, hari ini. – AFP

Letupan besar gegar Bangkok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Letupan besar menggegarkan sebuah depot minyak di Bangkok hari ini,  kata pihak berkuasa, dengan wartawan AFP melihat api menjulang tinggi di lokasi kejadian diikuti asap hitam tebal.

“Letupan berlaku di depot minyak Bangchak. Demi keselamatan mereka sendiri, orang awam di kawasan sekitarnya digesa mengosongkan kawasan ini serta-merta,” kata Pejabat Daerah Bangna dalam satu kenyataan di laman Facebook.

Kawasan luas di timur Bangkok itu dikendalikan oleh konglomerat tenaga Thailand, Bangchak Corporation.

Wartawan AFP yang berada beberapa kilometer dari lokasi kejadian berkata, letupan itu menggegar pintu mereka.

Api menjulang tinggi di atas tapak tersebut, diikuti asap hitam yang menyelubungi ruang udara ibu negara Thailand itu.

Bunyi siren kenderaan kecemasan kedengaran menuju ke tempat kejadian, kata mereka.

Tiada laporan segera  mengenai kemalangan jiwa, manakala perkhidmatan bomba dan pejabat daerah tempatan belum dapat dihubungi. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN