UNDANG Luak Sungei Ujong Yang Dipertikai, Mubarak Thahak (baju hijau). FOTO : NOR SHAFAWATI YUP.

Mubarak akan didakwa menghasut di Mahkamah Sesyen Seremban esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Undang Luak Sungei Ujong yang dipertikai, Datuk Mubarak Thahak @Dohak dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen di sini esok atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut pada April lalu.

Bahagian Komunikasi Korporat Mahkamah Negeri Sembilan memaklumkan, Mubarak, 61, akan dituduh di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 di hadapan Hakim Tasnim Abu Bakar.

Beliau didakwa menyebut perkataan menghasut yang mana kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 8.30 malam di Balai Undang Luak Sungei Ujong, Seremban pada 19 April lalu.

Terdahulu, media melaporkan pemecatan beliau sebagai Undang Luak Sungei Ujong telah diwartakan oleh kerajaan Negeri Sembilan.

Menurut dokumen rasmi bertarikh 23 Oktober 2026, Mubarak telah diberhentikan daripada jawatan dan gelaran sebagai Undang Luak Sungei Ujong ke-10 berkuat kuasa 13 Mei 2025.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN