TANGKAP layar menunjukkan mangsa mengejar suspek dalam kes rompakan sebuah kedai emas di Meulaboh, Aceh Barat. – AGENSI

Penduduk tangkap polis rompak kedai emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Rakaman video insiden rompakan sebuah kedai emas oleh seorang lelaki bersenjata di Aceh Barat, wilayah Aceh menjadi tular di media sosial, lapor laman berita DetikSumut.

Rompakan  itu digagalkan oleh mangsa dan penduduk setempat.  Klip video mengenainya menunjukkan anak mangsa bergelut dengan suspek dan akhirnya berjaya merampas selaras raifal AK-47.

Menurut DetikSumut, klip  video yang tular kelmarin menunjukkan rompakan Kedai Emas Niko itu dilakukan oleh dua lelaki, salah seorang daripada mereka membawa senjata api laras panjang. 

Anak mangsa bergelut dengan lelaki bersenjata itu di kaki lima di hadapan kedai berkenaan.

Semasa pergelutan, suspek cuba melarikan diri tetapi terjatuh di atas jalan raya. Apabila dia cuba melarikan diri sekali lagi, mangsa mengejar dan menyerangnya semula.

Beberapa penduduk kemudian membantu mangsa dengan memukul suspek. Anak mangsa kemudian membawa senjata suspek ke kedainya.

Sementara itu di hadapan kedai, seorang lagi suspek  turut dipukul oleh penduduk. Mereka  kemudian diserahkan kepada pihak polis selepas tangan diikat.

“Kejadian berlaku waktu pagi kira-kira pukul 10 (waktu tempatan). Suspek terdiri daripada dua orang, iaitu A yang merupakan anggota Polis Republik Indonesia, dan seorang lagi, DS  yang bekerja sendiri,” kata Ketua Polis Aceh Barat, AKBP Agus Sulistianto.

Dalam kes tersebut,  polis merampas barang bukti termasuk senjata  AK-47, sebatang tukul besi  dan sebuah motosikal. Polis masih menyoal siasat kedua-dua suspek. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN