LOKASI kejadian yang mengorbankan dua beradik ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah di Kampung Tendong, Pasir Mas, petang tadi.

Dua beradik maut pulang dari sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR MAS – Dua beradik maut, manakala seorang cedera selepas motosikal dinaiki mereka terbabas dalam kejadian di Kampung Tendong, di sini petang tadi.

Dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, dua beradik berusia enam dan 10 tahun itu masing-masing disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Abang kepada dua beradik tersebut yang berusia 18 tahun turut dilaporkan cedera dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa berusia 18 tahun datang mengambil dan membonceng dua adiknya untuk pulang ke rumah dari sekolah sebelum motosikal dinaiki mereka terbabas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mazlan Hassan ketika dihubungi mengesahkan kejadian.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN