Tangkap layar rakaman CCTV suspek (bulatan merah) sedang mencuri sebuah kenderaan.

[VIDEO] Lelaki 51 tahun aktif curi kenderaan diberkas, ada 39 rekod jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Lelaki berusia 51 tahun yang mempunyai 39 rekod jenayah lampau ditahan polis selepas dipercayai mencuri sebuah kereta jenis Proton Iswara di kawasan parkir PPR Sri Cempaka, Pantai Dalam di sini.

Penahanan suspek dilakukan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields pada pukul 9 pagi emalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Supritendan Ahmad Firdaus Mustaffa Kamal berkata, kejadian terbabit itu turut tular di media sosial.

Jelas beliau, siasatan lanjut mendapati suspek turut dikaitkan dengan kehilangan sebuah van jenis Toyota Liteace sebelum ini.

“Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan sebuah Proton Iswara pada 23 November lalu, pukul 4.44 petang.

“Laporan dibuat seorang wanita tempatan berusia 40 tahun selepas mendapati kenderaan miliknya yang diletakkan di kawasan parkir PPR Sri Cempaka, Pantai Dalam hilang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil tindakan susulan membawa kepada penahanan suspek serta rampasan kedua-dua kenderaan yang dilaporkan hilang.

“Semakan rekod mendapati suspek mempunyai 39 rekod jenayah lampau melibatkan kesalahan jenayah dan narkotik.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan masih dalam siasatan,”katanya.-KOSMO! ONLINE.

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN