Fenomena air pasang besar yang berlaku di Pekan Kukup Laut, di Pontian, hari ini. Foto oleh MUHAMMAD ZIKRI/ KOSMO!

Pontian mula dilanda air pasang besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Penduduk di sekitar pesisir pantai daerah ini diminta supaya sentiasa berwaspada susulan fenomena air pasang besar yang dijangka menyaksikan paras air meningkat sehingga 3.7 meter esok.

Fenomena berkenaan diramalkan berterusan sehingga Sabtu ini, sekali gus meningkatkan risiko berlakunya limpahan air di kawasan rendah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mahadir Mamat berkata, kejadian tersebut kebanyakannya melibatkan kawasan penempatan yang terletak berhampiran pantai.

Katanya, antara kawasan yang diberikan perhatian khusus ialah Kampung Nelayan Air Masin, Kampung Melayu Kukup dan Kampung Kebun Baru yang terletak berdekatan Kukup Laut.

Menurutnya, pemantauan rapi turut dijalankan di beberapa lokasi berisiko tinggi termasuk di sekitar Terminal Feri Antarabangsa Kukup bagi memastikan keadaan sentiasa terkawal.

“Selain itu, pemantauan juga melibatkan Pusat Perdagangan Pontian, Pekan Benut, Kampung Permata, Lorong Sulaiman dan Taman Sri Pantai di Kampung Rimba Terjun,” katanya ketika ditemui selepas melakukan tinjauan di Pekan Kukup Laut di sini hari ini.

Tambah Mahadir, pemeriksaan tersebut turut merangkumi keadaan feri yang tiba di terminal berkenaan bagi membolehkan bantuan segera disalurkan sekiranya berlaku sebarang kecemasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN