Kemalangan jalan raya yang melibat dua buah kereta menyebabkan seorang pemandu wanita maut di persimpangan lampu isyarat berhampiran kilang Schott, Jalan Kulim Hi-Tech Park (KHTP) 1 malam tadi.

Wanita maut dirempuh pemandu Tesla disyaki mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULIM – Seorang wanita maut selepas kereta jenis Proton Saga FL yang dipandunya bertembung dengan sebuah kereta Tesla di persimpangan lampu isyarat berhampiran kilang Schott, Jalan Kulim Hi-Tech Park (KHTP) 1 di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.45 malam itu, mangsa berusia 39 tahun yang bekerja di sebuah kilang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Syamsul Sinring berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta Tesla yang dipandu lelaki berusia 29 tahun dipercayai gagal berhenti ketika lampu isyarat merah.

Menurutnya, kereta Tesla yang datang dari arah Lebuh Perdana menghala ke Naga Lilit dipercayai merempuh bahagian kanan kereta Proton Saga FL yang sedang bergerak dari arah Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) menghala ke Lebuh Perdana.

“Pemandu Tesla pula mengalami kecederaan di tangan kanan selain dipercayai berada dalam keadaan mabuk dan perkara itu masih dalam siasatan pihak polis,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN