HUANG menghadiri sesi soal jawab bersama media semasa Majlis Resepsi Ekosistem AI Nvidia/Jepun di Tokyo pada 16 Julai 2026. - AFP

Jensen Huang kembali CEO, saham Nvidia melonjak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW YORK  – Saham Nvidia melonjak lebih 30 peratus pada penutup dagangan selepas lembaga pengarah syarikat sebulat suara mengundi melantik semula Jensen Huang sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat berkenaan, lapor saluran berita Euro News.

Malah, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump turut mengalu-alukan kepulangan Huang.

Saham Nvidia melonjak sekitar 31.5 peratus semalam selepas syarikat itu bertindak melantik semula Huang sebagai presiden, CEO dan ahli lembaga pengarah Nvidia, hanya 11 hari selepas peletakan jawatannya. 

Lembaga pengarah Nvidia mengundi sebulat suara untuk membawa Huang kembali selepas siri mesyuarat bersamanya menyaksikan mereka berpuas hati dengan ‘ketelusan dan keupayaan beliau untuk memimpin’ demikian menurut kenyataan syarikat tersebut.

Trump memuji langkah itu dalam hantaran di laman Truth Social  dengan menulis bahawa lembaga pengarah Nvidia membuat ‘keputusan yang betul dan wajar’ serta menambah,  ‘negara ini memerlukan kepimpinan Huang di NVIDIA bagi memastikan kejayaan dan kemakmuran bukan sahaja untuk syarikat tetapi juga ekonomi Amerika’.

Trump sebelum ini secara terbuka menggesa kepulangan Huang, manakala pada Jumaat lalu menyifatkan beliau sebagai ‘salah seorang tokoh paling bijaksana di dunia’. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN