BARCELONA mencipta kebangkitan magis apabila mencipta kemenangan biarpun ketinggalan dua gol berdepan Villarreal. - AGENSI

La Liga: Takhta Barcelona sukar digugat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BARCELONA – Pengendali Barcelona, Hansi Flick memuji kebangkitan ‘luar biasa’ pasukannya ketika menewaskan Villarreal 3-2, namun beliau turut menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap beberapa keputusan pengadil dalam perlawanan tersebut.

Villarreal memulakan perlawanan dengan cukup kemas apabila berjaya menjaringkan dua gol dalam tempoh tujuh minit pertama menerusi Tajon Buchanan dan Tani Oluwaseyi, sekali gus mengejutkan Barcelona di Camp Nou.

Lamine Yamal kemudian gagal menyempurnakan sepakan penalti pada separuh masa pertama, menyebabkan Barcelona menuju ke bilik persalinan dengan ketinggalan 0-2.

Bagaimanapun, mereka berjaya melakukan kebangkitan menakjubkan dalam tempoh 10 minit bermula minit ke-57 untuk meraih kemenangan dan mengutip tiga mata penuh.

Gerard Martin dan Fermin Lopez yang sebelum itu melakukan kesilapan sehingga membawa kepada gol pembukaan Villarreal berjaya meledak gol untuk menyamakan kedudukan buat Barcelona sebelum gol sendiri Pau Navarro melengkapkan kebangkitan tersebut.

Ini merupakan kali pertama Barcelona dibolosi dua gol dalam tempoh tujuh minit pertama perlawanan LaLiga sejak November 1981 ketika menentang Real Zaragoza, namun, Flick tetap kagum dengan reaksi yang ditunjukkan anak buahnya.

“Apabila melihat 10 minit pertama, kami tidak memulakan perlawanan dengan baik. Kami terlalu lama mengawal bola, melakukan dua kesilapan dan mereka menjaringkan dua gol.

“Reaksi yang ditunjukkan selepas itu sungguh luar biasa. Saya juga berpendapat persembahan kami pada separuh masa pertama sangat baik. Kami mencipta banyak peluang, termasuk peluang keemasan menerusi sepakan penalti.

“Pada separuh masa kedua, kami melihat semula perkara yang perlu diperbaiki, terutamanya dari segi struktur permainan yang lebih baik dan jelas. Kami menjaringkan tiga gol dalam tempoh 10 minit. Ia benar-benar menakjubkan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN