MARQUEZ hanya memerlukan 14 mata dan memburu kelebihan dua mata berbanding Martin di Portimao untuk mengesahkan kejuaraan dunia. - AFP

MotoGP: Peluang Marquez sahkan kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PORTIMAO – Marc Marquez memilih untuk lebih berhati-hati ketika menghampiri peluang untuk mengesahkan kejuaraan dunia MotoGP 2026 pada Grand Prix (GP) Portugal hujung minggu ini, dengan 14 mata menjadi sasaran utama pelumba Ducati itu.

Jumlah mata berkenaan perlu dikutip Marquez bagi memastikan gelaran dunia menjadi miliknya tanpa perlu bergantung kepada keputusan pencabar terdekat pelumba Aprilia, Jorge Martin dan Marco Bezzecchi.

“Ini adalah peluang penentuan sebenar yang pertama. Minggu lalu, saya cuba mengekalkan rutin biasa, cuma tidak menunggang motosikal bagi minimumkan risiko.

“Saya tiba di Portimao dengan satu angka dalam kepala iaitu 14 mata. Saya perlu mengutip 14 mata antara Portimao dan GP Valencia, dan selepas itu tidak kira lagi apa yang pelumba lain lakukan,” katanya.

Marquez berpeluang mengesahkan kejuaraan seawal Sabtu sekiranya berjaya mengutip sekurang-kurangnya dua mata lebih daripada Martin dalam perlumbaan pecut, namun dia tidak mahu terlalu awal menganggap gelaran sudah berada dalam genggaman.

“Sudah tentu saya mahu menutup saingan kejuaraan ini secepat mungkin, tetapi ia belum selesai. Jadi, kami perlu bertenang dan cuba memberikan 100 peratus, namun dengan cara yang sangat bijak.

“Fokus adalah perkara paling penting kerana ia kelihatan seperti sudah selesai, sedangkan hakikatnya belum. Perlumbaan tetap perlumbaan, apa sahaja boleh berlaku. Itulah sisi baik dan buruk dalam sukan.

“Jadi, kami akan mengekalkan tumpuan dalam garaj kami, bukan sahaja saya, malah pasukan dan Ducati, serta cuba melakukan yang terbaik tanpa berlebih-lebihan,” katanya.

Musim lalu, Marquez berjaya merangkul gelaran juara dunia dengan berbaki lima pusingan, namun situasi kali ini berbeza. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN