LONDON – Tottenham Hotspur bakal turun dengan misi untuk kembali meraih kemenangan menentang Ipswich Town di laman sendiri malam ini selepas mereka berdepan kekalahan menentang Leed United sebelum cuti rehat antarabangsa sebelum ini.
Bagaimanapun, cabaran kali ini lebih besar apabila pengurus mereka, Roberto De Zerbi hanya akan menyaksikan perlawanan dari tempat duduk penonton apabila digantung selepas mengumpul tiga kad kuning.
Justeru, percaturan De Zerbi sebelum perlawanan sangat penting untuk memastikan mereka mampu untuk mencapai kemenangan pada perlawanan berkenaan dengan tiga keputusan penting mampu mengelak mereka daripada berdepan satu lagi kekecewaan.
Pada perlawanan itu nanti, De Zerbi perlu mengembalikan Mateus Fernandes ke posisi pemain tengah bertahan kerana perubahan yang dilakukan ketika menentang Leeds sebelum ini ke posisi lebih tinggi akhirnya menjerat mereka sendiri.
Sementara itu, kecederaan yang menimpa Mathys Tel menyebabkan Spurs bakal kehilangan lebih kuasa di bahagian serangan dan De Zerbi perlu memberikan kepercayaan kepada pemain sayap muda mereka.
Luca Williams-Barnett perlu diberikan peluang ketika dia dianggap pemain sayap yang dinamik dan memiliki bakat luar biasa, malah mempunyai potensi yang lebih besar berbanding pemain Tel.
Selain itu, De Zerbi perlu menggunakan pendekatan yang lebih berani untuk menyerang selepas mereka dilihat mengambil keputusan sebaliknya apabila lebih banyak bertahan ketika tewas kepada Leeds.
Spurs juga perlu kembali bermain secara agresif, mengambil inisiatif menguasai permainan dan menyerang dari awal seperti sebuah pasukan besar. – AGENSI














