SHEVON dan Soon Huat berjaya mengejutkan pasangan China untuk mara ke saparuh akhir Terbuka Hong Kong semalam.

Soon Huat, Shevon rancang lakar kejutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SELEPAS mencipta kejutan menyingkirkan pasangan bintang dari China, Goh Soon Huat-Shevon Lai kini mengalihkan tumpuan kepada cabaran lebih getir apabila bakal berdepan gandingan No. 1 dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping pada aksi separuh akhir Terbuka Hong Kong, hari ini.

Soon Huat-Shevon menundukkan beregu No. 5 dunia Guo Xin Wa-Chen Fang Hui menerusi kemenangan straight-set 21-15, 21-15 dalam tempoh 33 minit di Arena Kai Tak, semalam.

Kemenangan tersebut membolehkan gandingan profesional negara berkenaan membalas kekalahan dalam dua pertemuan terdahulu menentang pasangan China tersebut.

Shevon berkata, mereka berjaya memanfaatkan keadaan gelanggang, termasuk faktor angin dan kelajuan bulu tangkis, untuk menguasai permainan serta melancarkan lebih banyak serangan sejak awal perlawanan.

“Saya rasa kami mempunyai kelebihan dari segi angin dan bulu tangkis agak laju, jadi kami berjaya melakukan lebih banyak serangan serta mengawal tempo permainan dengan baik,” katanya kepada BWF selepas tamat perlawanan.

Bagaimanapun, ujian lebih getir menanti Soon Huat-Shevon di separuh akhir apabila berdepan Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping yang terkenal dengan konsistensi dalam persaingan di pentas antarabangsa.

“Kami belum pernah menewaskan pasangan China tersebut sebelum ini. Mereka pemain nombor satu dunia dan sangat konsisten, jadi kami perlu memberikan lebih daripada apa yang kami ada untuk menang,” katanya.

Sementara itu, beregu lelaki negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun turut mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas membenam cabaran pasangan Denmark, Daniel Lundgaard dan Mads Vestergaard 21-16, 21-16.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN