CHENG HOE hanya memiliki kontrak sehingga Rabu minggu depan bersama Harimau Malaya sekali gus aksi menentang China dan Yemen merupakan tugasan terakhirnya sebagai pengendali interim. - FB MALAYSIA NT

FAM perlu buat keputusan terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERHATIAN peminat bola sepak tempatan kini terarah kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dijangka mengumumkan pelantikan ketua jurulatih baharu Harimau Malaya selewat-lewatnya awal bulan depan.

FAM perlu memastikan pemilihan dibuat berdasarkan kemampuan serta kesesuaian calon dengan landskap bola sepak tempatan, selain mempunyai perancangan jangka panjang untuk pembangunan pemain dan kesinambungan skuad kebangsaan.

Justeru, pengumuman yang dijangka dibuat selewat-lewatnya awal bulan depan bukan sekadar menjawab teka-teki mengenai pengganti Cheng Hoe, sebaliknya bakal menentukan hala tuju baharu Harimau Malaya dalam usaha mengembalikan kepercayaan peminat.

Bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail berkata, pengambilan jurulatih luar bukan jaminan Harimau Malaya mampu menyinar sekali gus menuntut penilaian menyeluruh dan segala keputusan harus berlandaskan kepada kemampuan kewangan FAM.

“Kalau Cheng Hoe boleh kekal, kekalkan. Kalau FAM kata nak pilih yang baharu, pilihlah. Bola sepak terpulang kepada pemain, kalau kita ada cukup pemain berbakat, tidak perlu jurulatih pun, tengok macam Johor Darul Ta’zim (JDT), gantilah jurulatih pun, pasukan mereka kekal sama kerana miliki pemain yang baik.

“Kalau pemain tidak berkaliber, letaklah jurulatih kelas pertama sekali pun, tetap tidak mampu untuk dapatkan keputusan baik,” katanya yang turut menjadikan Indonesia sebagai contoh selepas tidak mampu memenuhi harapan ketika di bawah kendalian jurulatih berprofil tinggi, Patrick Kluivert.

Jika pelantikan baharu dapat diselesaikan mengikut perancangan, Cheng Hoe berkemungkinan menamatkan tugasnya selepas membantu Harimau Malaya mengharungi dua aksi persahabatan menentang China dan Yemen memandangkan kontraknya akan tamat, 25 November ini.

Bagaimanapun, sumbangan Cheng Hoe tidak boleh dinilai berdasarkan keputusan semata-mata kerana beliau diberikan tanggungjawab mengendalikan pasukan dalam situasi mencabar, termasuk ketiadaan beberapa tonggak utama.

Cheng Hoe yang dilantik sebagai pengendali sementara Harimau Malaya, Jun lalu bagi menggantikan Peter Cklamovski merekodkan enam kemenangan (rekod sebelum aksi menentang Yemen) dan paling diingati adalah menamatkan penantian 12 tahun untuk kalahkan Vietnam ketika kempen Piala ASEAN FIFA.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN