SIK – Seorang bayi berusia 16 bulan dan kanak-kanak lelaki rentung dalam kebakaran sebuah pejabat yang dijadikan rumah di Kampung Teloi Tua, di sini pagi tadi.
Pegawai Zon 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Penguasa Bomba Bryan Del Bungkias berkata, pihaknya terima panggilan pukul 6.11 pagi sebelum pegawai operasi, Shahril Salleh bersama 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sik dikejarkan ke lokasi.
“Kebakaran memusnahkan hampir 90 peratus premis. Api dapat dikawal pada pukul 6.50 pagi.
“Dua mangsa dijumpai di atas katil masing-masing bayi berusia satu tahun empat bulan dan kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun,” katanya ketika dihubungi. – KOSMO! ONLINE














