RUMAH sewa yang musnah dalam kebakaran di Kampung Parit Raja Darat, Batu Pahat semalam. - IHSAN FB POLIS DAERAH BATU PAHAT

‘Ibu ada telefon tetapi saya tak angkat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU PAHAT – Seorang anak sulung terkilan apabila dia tidak menjawab panggilan telefon ibunya kerana sedang mandi sebelum wanita itu serta adik lelakinya maut dalam kebakaran sebuah rumah sewa di Kampung Parit Raja Darat di sini semalam.

Abdul Hafiz Abdul Muthaliff, 44, berkata, kejadian kira-kira pukul 2.40 pagi itu mengorbankan ibunya, Jamilah Bebe Abdul Rahman, 63, dan adik lelaki ketiga daripada lima beradik, Abdul Rahim, 35.

“Adik tinggal dengan ibu kerana ingin menjaganya dan mereka berdua bekerja di sebuah kedai runcit milik anak saudara ibu sejak lebih 10 tahun lalu.

“Kami pula tinggal di Pandan Perdana, Ampang, Selangor dan jarang berjumpa, namun sentiasa berhubung dalam aplikasi Whats­App dan mesengger,” katanya kepada Kosmo! semalam.

JAMILAH dan anak lelakinya, Abdul Rahim yang maut dalam kebakaran di Kampung Parit Raja Darat, Batu Pahat semalam.

Sementara itu, Farhan Abdul Muthaliff, 28, yang juga adik bongsu berkata, kali terakhir mereka berjumpa pada Aidil­adha lalu apabila semasa perjumpaan keluarga pada berkenaan.

“Kami sepatutnya ada perjumpaan keluarga di Rembau, Negeri Sembilan, namun terpaksa dibatalkan sebaik menerima berita mengejutkan ini.

“Minggu lepas abang ada bercakap melalui panggilan video dan bertanya tentang kesihatan semua ahli keluarga, namun tidak menunjukkan ada sebarang petanda ibu dan abang akan meninggalkan kami,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN