PEARLY dan Thinaah kembali mempamerkan prestasi terbaik apabila menempah slot ke suku akhir Terbuka Hong Kong.

Pearly-Thinaah mula temui rentak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEREGU wanita No.1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah sudah mula mendapat keyakinan sebenar selepas berjaya meneruskan kemaraan ke pusingan suku akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong.

Pada aksi pusingan kedua yang berlangsung di Kai Tak Arena semalam, bekas naib juara dunia itu mudah mengetepikan cabaran pasangan tuan rumah, Yeung Nga Ting-Yeung Pui Lam menerusi kemenangan straight-set 21-9, 21-10.

Selepas tersingkir seawal pusingan pertama pada kejohanan Kumamoto Masters minggu lalu, Pearly mengakui gembira apabila dia dan Thinaah sudah mendapatkan semula momentum yang diharapkan.

“Sudah tentu gembira dengan kemenangan hari ini (semalam) kerana pada kejohanan terdahulu (Kumamoto Masters), kami tersingkir awal. Saya rasa secara perlaha-lahan kami boleh dapatkan semula momentum.

“Saya harap rentak seperti ini dapat dikekalkan untuk perlawanan seterusnya walaupun masih ada ruang yang boleh diperbaiki,” katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sejurus tamat perlawanan.

Sebelum ini, Pearly-Thinaah mempamerkan aksi cukup baik ketika saingan jelajah Eropah bulan lalu di mana mereka muncul juara pada kejohanan Terbuka Denmark selain menjadi naib juara Terbuka Perancis.

Bagaimanapun, rentak cemerlang itu terbantut apabila tersingkir di pusingan pertama Kumamoto Masters, namun kemaraan ke suku akhir Terbuka Hong Kong boleh dianggap sebagai kebangkitan.

“Selepas perlawanan minggu lalu, memang kami ada banyak bercakap dan berbincang mengenai perasaan serta bagaimana untuk terus bergerak ke depan. Bermain sebagai satu pasukan memang membantu kami,” ujar Thinaah.

Turut melangkah ke suku akhir adalah beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai yang dipaksan bekerja keras sebelum menang 22-20, 21-19 ke atas Presley Smith-Jennie Gai dari Amerika Syarikat.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN