SHEINBAUM berjalan di karpet merah sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Shenzhen Bao’an pada 16 November lalu. – AFP

Tidak perlu pesawat rasmi, Presiden Mexico naik kelas ekonomi 21 jam hadiri APEC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Presiden Mexico Claudia Sheinbaum menjadi bintang media sosial di China selepas terbang dalam kelas ekonomi selama 21 jam untuk menghadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik(APEC)  2026 di bandar raya Shenzhen lapor laman berita VNExpress.

Menurut saluran berita Bloomberg, pemimpin berusia 64 tahun itu tiba di Lapangan Terbang  Bandar Raya Mexico pukul 11.00 malam (waktu tempatan)  pada 14 November  lalu untuk menaiki penerbangan pukul 12.35 tengah malam menuju ke Tijuana.

Beliau kemudian kekal dalam Penerbangan  China Southern Airlines CZ8032 dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Shenzhen Bao’an pukul 11,30 pagi pada 16 November lepas, menandakan lawatan rasmi pertamanya ke China.

Sheinbaum yang melakukan perjalanan  bersama sekumpulan kecil pegawai, meluangkan masa di dalam kabin pesawat  berbual dengan penumpang lain, lapor Mexico Solidarity Media.

Tidak lama selepas mendarat, seorang pengguna di platform media sosial Weibo berkata,  penumpang lain melihat presiden itu  duduk di kerusi 33B, iaitu kerusi ekonomi biasa berhampiran bahagian belakang pesawat, manakala pasukannya kemudian mengesahkan perkara itu kepada agensi berita AFP. 

Menjelang kelmarin,  tanda pagar mengenai ketibaannya menerima lebih 10.2 juta tontonan di Weibo, dengan pengguna internet China memuji gaya perjalanan Sheinbaum yang bersederhana.

Banyak hantaran dalam talian turut menyorot ketibaannya di lapangan terbang Shenzhen, merujuk kepada video  dikongsi di akaun X milik Sheinbaum sendiri.

Klip tersebut menunjukkan beliau tiba di karpet merah landasan dengan bas perantara, disambut oleh kawalan kehormat  tentera dan penari berbaju merah jambu.

Memilih syarikat penerbangan komersial berbanding pesawat  mewah adalah amalan perjalanan biasa bagi pemimpin Mexico, berpandukan tradisi yang dimulakan pada 2018 oleh bekas Presiden Andrés Manuel López Obrador.

Lopez Obrador enggan menggunakan jet Boeing 787 bernilai US$200 juta ( RM894 juta) milik negara dan akhirnya menjualnya pada 2023, lapor laman berita AP.

Seperti pendahulunya, Sheinbaum juga jarang mengadakan lawatan ke luar negara dan sentiasa menggunakan penerbangan komersial apabila berbuat demikian.

Semasa di Shenzhen, beliau turut meluangkan masa melawat restoran tempatan Tequila Coyotes untuk menikmati hidangan dan berhubung dengan ekspatriat Mexico yang menetap dan bekerja di bandar raya China itu, menyifatkan mereka sebagai sumber kebanggaan bagi Mexico dalam satu hantaran di X. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN