Keadaan di lokasi kejadian pergaduhan yang dipercayai berpunca daripada perselisihan faham berkaitan parkir kenderaan di Taman Connaught, Cheras.

[VIDEO] Dua lelaki China ditahan merusuh guna batang besi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Dua lelaki warga China ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kejadian merusuh menggunakan senjata susulan perselisihan faham berkaitan parkir kenderaan di Taman Connaught, Cheras, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, pergaduhan membabitkan beberapa lelaki berlaku di hadapan sebuah kedai MyNews di kawasan Maxim D’Perc Residence.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, bertindak atas maklumat diterima, sepasukan polis daripada Bahagian D7 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras menahan dua lelaki berkenaan kira-kira pukul 5 pagi.

Beliau berkata, kedua-dua suspek berusia lewat 20-an dan awal 30-an itu ditahan di kawasan Jalan 9, Taman Len Seng.

“Kedua-dua lelaki berkenaan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan muka sebelum dibawa mendapatkan rawatan.

“Semakan awal rakaman televisyen litar tertutup mendapati beberapa individu lain turut terbabit dalam kejadian itu, manakala senjata digunakan dipercayai batang besi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kedua-dua suspek telah dibawa ke mahkamah dan direman selama empat hari bermula 20 hingga 23 November ini bagi membantu siasatan.

“Polis kini menjalankan siasatan lanjut termasuk mengesan beberapa individu lain yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN