CHEN Long (kiri) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh di sini hari ini atas pertuduhan mengedar 19.04kg dadah jenis kanabis, dua minggu lalu.

Lelaki warga Singapura didakwa edar 19.04kg kanabis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Seorang lelaki warga Singapura yang ditahan kerana disyaki cuba menyeludup 19.04 kilogram dadah menerusi Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini dua minggu lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini.

Tertuduh, Chen Long, 26, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Norizan Riduan. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengedar dadah berbahaya jenis kanabis anggaran berat 19,040 gram di mesin bagasi A, kaunter daftar masuk LTSAS, kira-kira pukul 6.20 pagi, 8 November 2026. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah 39B(2) akta yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ainin Sofiya Azlaini manakala tertuduh diwakili peguam bela, Sivahnanthan Ragava. Kes disebut semula 26 Februari depan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN